top of page

PMX tidak masuk campur siasatan SPRM, usah timbulkan keraguan awam



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menyangkal tuduhan kononnya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya dan Daim Zainuddin sebagai alat politik.


Menerusi satu kenyataan, Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengingatkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sendiri dilantik pada era bekas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya oleh pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membolehkan syak wasangka sedemikian ditimbulkan.


Oleh itu katanya, jelas Kerajaan Madani tidak campurtangan dalam sebarang siasatan SPRM.


"Tanggapan ini (campur tangan) berakar umbi hingga terus menerus menimbulkan keraguan awam.


"Adalah penting untuk kita mengambil perhatian bahawa ketua SPRM sekarang telah dilantik semasa tempoh PM8 (Muhyiddin), pelantikan itu mendahului kepimpinan sekarang.


"Justeru, dakwaan campur tangan kerajaan semasa adalah tidak berasas dan hanya menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap usaha pencegahan rasuah yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Madani," katanya dalam satu hantaran di X.


Menurut Kamil, tuduhan berkenaan yang berlegar di media tidak lebih daripada satu percubaan jahat untuk menyemai perbalahan politik bertujuan mengalihkan keutamaan kerajaan untuk memulihkan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.


Tegasnya, pentadbiran kerajaan kekal konsisten dalam pendirian menentang rasuah dan salah guna kuasa.


"Walaupun gerakan politik sebegitu hanya mahu menjejaskan kestabilan dan kemajuan kerajaan namun tumpuan kerajaan untuk memulihkan ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan dan mengukuh tadbir urus tetap terus diutamakan.


"Tumpuan berterusan kerajaan terhadap pembaharuan dan tadbir urus yang baik adalah penting untuk mengekalkan trajektori yang positif dan menjamin masa depan yang makmur untuk negara," ujarnya lagi.


Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan SPRM menyiasat Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya dan Daim Zainuddin.


Menurut dakwaan di media, Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan dan mengganggu siasatan, selain menggesa SPRM tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Datuk Farhash Wafa Salvador.


Susulan itu, SPRM menafikan tuduhan berkenaan dengan menyatakan bahawa SPRM beroperasi secara bebas dan mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa, termasuk Perdana Menteri.


"SPRM dengan tegas menolak dakwaan mengenai sebarang arahan daripada perdana menteri untuk mempengaruhi atau menghalang siasatan tertentu," kata kenyataan SPRM.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page