Percubaan pasukan tentera siber Perikatan Nasional (PN) untuk menyamakan imej Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor meniru imej ikonik Perdana Menteri ke 10 pada 25 tahun lalu ketika dihadapkan ke mahkamah ditempelak rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, perbuatan Sanusi mengangkat tanya sama sekali tidak menyamai imej Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pro rakyat dan dianiaya Tun Mahathir dua dekad lalu.
"Ada yang bandingkan Sanusi bila keluar dari mahkamah buat begitu (angkat tangan). Dia nampak macam PMX 25 tahun lepas.
"Saya anggap kenyataan ini adalah kenyataan bodoh kerana keadaannya jauh berbeza. Pertama, Datuk Seri Anwar 25 tahun lepas ditangkap masuk lokap, kemudian terjadinya insiden mata lebam. Kena tumbuk. Tetapi untuk Sanusi, puas polis call dia tak jawab. Itulah kena ambil tindakan. Jauh berbeza situasi nya
"Kedua, masa itu kita sedar Anwar melawan Mahathir, tetapi Sanusi apa dia lakukan, dia lawan sultan. Kita nampak berbeza.
"Masa itu berlaku krisis ekonomi dan kita semua nak reformasi tetapi sekarang kita nampak apa yang Sanusi bawa bukan reformasi tetapi nak jual Rare Earth kepada orang China," katanya dalam ceramah pelancaran Bilik Gerakan Utama DUN Kota Damansara, malam tadi.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu juga berpesan kepada pengundi agar menolak cara berkempen pembangkang yang mengamalkan politik adu domba dan terkini politik pemisahan wilayah.
"Kita nampak ada tokoh dari PN yang melakukan perbuatan begitu menjijikkan.
"Bukan sahaja nak Pulau Pinang dihapuskan dan jadi milik Kedah, selepas itu menggunakan kata kata yang tidak sopan dan menderhaka kepada institusi raja kita
"Adakah Sanusi cuba untuk meminda Perlembagaan. Adakah beliau cuba pinda Perlembagaan. Ini pertanyaan kita.
"Baru ekonomi nak pulih, tetapi kita nampak PN dengan tidak bertanggungjawab nak menjalankan kerja kerja menghancurkan Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, Chean Chung menasihatkan pengundi di Selangor agar bijak memilih dan beramai ramai keluar mengudi pada 12 Ogos ini serta menolak tanggapan bahawa Pilihan Raya Negeri tidak penting.
"PRN ini penting kerana Selangor menyumbang 25 % KDNK. Bayangkan Selangor ini terjadi apa apa, ianya menjejaskan pemulihan ekonomi kita dan kestabilan. Juga menjejaskan masa depan rakyat," katanya.
Comments