top of page

PMX komited lindungi umat Islam daripada ajaran menyimpang



Oleh Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Perdana Menteri (PMX) komited melindungi umat Islam Malaysia daripada amalan menyimpang.


Di sebalik pelbagai isu timbul berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang kini menjadi perbualan dalam masyarakat, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti amat mengambil berat mengenainya.


Ketika isu berkenaan mula-mula timbul, Anwar segera mengarahkan pihak berkuasa, termasuk majlis agama Islam agar melakukan siasatan dan tindakan yang sewajarnya.


Katanya, langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana ia melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama serta penderaan kanak-kanak.


"Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)... JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat.


"Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan," katanya sebagaimana dilaporkan media pada 13 September lalu.


Hari ini, selari dengan perkembangan siasatan yang turut menemui amalan menyimpang dalam GISBH, Anwar sekali lagi memperlihatkan komitmennya.


Kali ini beliau sendiri mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi JAKIM untuk memberi penekanan serta penegasan berhubung komitmen kerajaan pimpinannya untuk melindungi umat Islam di negara ini.


Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi penguat kuasa harus menyiasat serta membanteras segala bentuk aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Bendung hingga ke akar umbi


Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dibendung sehingga ke akar umbi.


Jelas Anwar lagi, hal itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama pegawai tertinggi JAKIM hari ini, yang turut menyentuh beberapa perkara lain melibatkan hal ehwal Islam di Malaysia seperti isu halal dan sebagainya.


"Saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani ini mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia," tegas beliau.


Rakyat negara ini seharusnya bangga dengan komitmen Anwar dalam melindungi akidah umat Islam Malaysia.


_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page