top of page

PMX eratkan hubungan dengan Bahrain, teroka ekonomi baharu


PMX diundang ke Bahrain oleh Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa. Foto: FB Anwar Ibrahim
PMX diundang ke Bahrain oleh Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa. Foto: FB Anwar Ibrahim

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Jalur Gemilang berkibaran megah di sepanjang jalan, lebuh raya serta pencakar langit dilihat sepanjang jalan yang dilalui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di bumi Bahrain untuk lawatan dua hari ke negara tersebut.


Sebuah lagi negara Teluk yang menjadi rakan dagang Malaysia menunjukkan penghargaan dan penghormatan kepada kepimpinan PMX yang dengan bangga mengundang beliau berkunjung ke Bahrain.


Lawatannya ke negara berkenaan adalah atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa.


Ia sekaligus menandakan pengukuhan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala kedua-dua negara.


Maka itu, lawatan tersebut mempunyai kepentingan sejarah yang besar kerana ia mencerminkan hubungan mendalam antara Bahrain dan Malaysia serta mengukuhkan lagi komitmen dalam mempereratkan kerjasama dan perkongsian politik, ekonomi serta akademik.


Rakan dagang kesembilan terbesar


Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di Asia Barat pada tahun lalu, manakala Malaysia menduduki tempat ketiga sebagai rakan dagang terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN dan ke-18 di peringkat global.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

Selain minyak, Bahrain juga menempatkan kilang pemprosesan aluminium keempat terbesar di dunia yang merupakan antara eksport utama ke Malaysia.


Dengan itu, kepentingan lawatan Perdana Menteri memberi manfaat besar kepada masa depan ekonomi negara.


Turut berada di Bahrain ketika lawatan rasmi ialah Anwar ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang sedang menerima rawatan konservatif bagi kesakitan otot dan tulang yang dihadapi baginda.


Anwar lalu berkesempatan melawat baginda dan bertanya khabar tentang keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong.


Usai lawatan dua hari itu, Anwar menyatakan amat berpuas hati dengan hasil lawatan beliau.


"Alhamdulillah, kunjungan ini telah mencapai objektif dalam mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.


"Penghargaan saya kepada Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa atas undangan terhadap saya sebagai tetamu negara.


Berkenaan ekonomi, Anwar menerima kunjungan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa.


Perbincangan mereka berkisar kerjasama ekonomi dan kewangan antara kedua-dua negara yang perlu diperkukuh, termasuk isu mata wang kripto dan platform sandbox.


"Kami juga membincangkan kerjasama pelancongan, kesalinghubungan Kuala Lumpur - Manama dan sektor pembuatan.


"Saya turut diberi penghormatan sampaikan ucapan semasa Intra-Islamic Dialogue Conference (IIDC) yang dianjurkan di bawah naungan Raja Bahrain dan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif merangkap Pengerusi Majlis Hukama' Muslimin," kata Perdana Menteri.


Tingkatkan perkembangan ilmu Islam


Selain itu, sebelum berangkat pulang, Anwar juga sempat mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb yang juga Pengerusi Majlis Hukama' Muslimin.


Dalam pertemuan itu, Anwar fokus kepada memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Institut Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Al-Azhar Al-Sharif selain penawaran biasiswa buat pelajar Malaysia menyambung pelajaran di institusi berkenaan.


"Kami juga membincangkan soal penubuhan secara rasmi Majlis Hukama' Muslimin di Malaysia selain menyentuh hal ehwal Agama Islam dan situasi di Palestin," tambah beliau.


Seperti kata, Duta Besar Bahrain ke Malaysia, Dr Waleed Khalifa Al Manea, lawatan PMX merupakan peristiwa bersejarah yang menyaksikan Bahrain dan Malaysia memperkukuhkan lagi komitmen mereka dalam mempereratkan kerjasama, perkongsian politik dan ekonomi.


Menurut beliau lagi, perbincangan PMX bertujuan memperdalam kerjasama antara kedua-dua negara sambil meneroka peluang baharu bagi memperluaskan perkongsian, meningkatkan inovasi dan menangani cabaran global yang semakin berkembang.


"Kedua-dua negara kekal komited untuk membina masa depan yang lebih makmur, menyumbang kepada kestabilan dan pembanguan negara masing-masing serta menantikan lebih banyak tahun kerjasama yang erat dan berkesan," katanya.


Kerja keras lagi gigih PMX 'mendoniakan' Malaysia amat dihargai serta disanjung tinggi dan pastinya demi kesejahteraan rakyat untuk lebih cemerlang.


 

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page