Kembalinya Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Malaysia membawa kegembiraan kepada rakyat dengan jumlah pelaburan dijanjikan berpuluh bilion dan bakal menambah kemakmuran rakyat.
Bagi Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Izuan Kassim, PM tidak pernah menghampakan dalam mencari pelaburan biar pun beliau dijemput untuk menghadiri persidangan.
"Kita menyambut PMX hasil dari lawatan keluar negara yang bukan hanya sekadar hadir ke APEC tetapi mencari pelaburan baharu
"Kalau kita tengok sekarang dunia dah mula berubah. Di mana Peru adalah antara pelabuhan laut yang mula ke hadapan dalam tempoh 20 tahun ke hadapan.
"Ini satu peluang baru kepada Malaysia," katanya kepada Suara keadilan ketika ditemui menyambut kepulangan PMX di Sepang pagi tadi.
Berkenaan tohmahan pembangkang bahawa Malaysia kini mengiktiraf Israel berdasarkan temubual PM dengan stesen penyiar CNN baru baru ini, Izuan yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menganggap pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan 'menunggang' isu tersebut.
Kata beliau, sekiranya Israel itu tidak wujud dan bukan anggota rasmi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu tidak mungkin Malaysia mengusulkan agar negara zionis itu disingkir daripada PBB.
"Kita tidak pernah iktiraf Israel dari zaman PMX muda, sampailah sekarang. Cuma kalau kita ambil sekerat sekerat, sama Tan Sri Muhyiddin juga..... ucapnnya diambil sekerat.
"Nyatanya Israel memang wujud tetapi kita tidak iktiraf. Cuma kita nak beritahu, kalau dia tidak wujud jadi tidaklah kita bawa usul ke PBB untuk kita usir keluar," katanya lagi.
Dalam pada itu, Izuan turut mengucapkan terima kasih kepada AMK Selamgor, Wilayah Pesekutuan dan Negeri Sembilan yang datang beramai ramai menyambut kepulangan PMX hari ini.
Comments