top of page

PM ziarah kompleks makam Imam Bukhari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menziarahi kompleks pemakanan Imam Bukhari dalam lawatannya ke Uzbekistan.


Ketibaan PM di Samarkand, bandar yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Tashkent yang menempatkan kompleks berkenaan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.


"Kami langsung dibawa mengunjungi tapak pembinaan Kompleks Imam Al-Bukhari yang didirikan di sekeliling makam asal Imam Bukhari di kampung Khartang.


"Saya diberi penerangan oleh Muzaffar Komilov, Penasihat kepada Presiden Uzbekistan mengenai pembinaan kompleks seluas hampir lima hektar, yang merangkumi pembinaan semula makam, muzium dan masjid yang boleh memuatkan sehingga 9,000 jemaah.


"Kami kemudian dibawa menziarah kubur Imam Bukhari. Saya dimaklumkan dinding makam akan dihiasi dengan hadis-hadis Imam Bukhari. Kunjungan ini amat mengesankan kerana sumbangan besar Imam Bukhari pada dunia Islam, utamanya dalam pengajian hadis," katanya.


Selain itu, delegasi Malaysia turut dibawa melawat muzium di kompleks berkenaan untuk menyaksikan naskhah asal kitab-kitab hadis tulisan Imam Bukhari yang dihasilkan seawal abad ke-14. Juga lukisan-lukisan yang menggambarkan perjalanan hidup Imam Bukhari.


Pembangunan kompleks tersebut, kata Anwar, memberikan gambaran bahawa pemerintahan Uzbekistan telah kembali mengilap sejarah gemilang ketamadunan mereka selepas sekian lama ditakluki Tsar dan rejim komunis Soviet Union.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page