top of page

PM zahir penghargaan undang Malaysia sertai sidang BRICS



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas undangan beliau kepada pemimpin Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak BRICS pada bulan depan di Kazan, Rusia.


"Saya ingin meluangkan sedikit masa untuk merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam dan terima kasih kepada Presiden Putin atas jemputan saya untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang akan datang di Kazan, pada bulan Oktober.


"Jemputan ini menandakan satu langkah besar ke arah matlamat utama kami untuk menyertai BRICS," katanya.


Perdana Menteri berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama di sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 hari ini.


Dalam pada itu, katanya, permohonan Malaysia menyertai kumpulan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) diyakini mampu mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara selain meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama dan perkongsian strategik.


Untuk rekod, BRICS adalah blok kerjasama bagi ekonomi yang ditubuhkan pada 2009 merangkumi Brazil, Rusia, India serta China, Afrika Selatan dengan giliran pengerusinya ketika ini adalah Rusia.


Selain Malaysia, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyatakan hasrat menyertai kumpulan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page