top of page

PM yakin kerjasama Malaysia-China pacu ekonomi masa hadapan



Hubungan akrab antara Malaysia dan China dijangka akan memacu ekonomi yang lebih hebat pada masa hadapan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara telah menikmati kerjasama dua hala yang baik dan disokong perdagangan serta pelaburan yang kukuh hampir mencecah AS$100 bilion atau RM436 bilion.


Katanya, lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang pada Jun lalu pula mengukuhkan lagi persahabatan dan saling menghormati antara Malaysia dan China.


Menurut PM, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-15 berturut-turut, dengan jumlah perdagangan mencecah AS$98.80 bilion.


Dari segi pelaburan, katanya, China merupakan pelabur asing kelima terbesar di Malaysia pada 2023, menyumbang AS$14.5 bilion.


"Kita sama-sama menyaksikan upacara menandatangani pusingan kedua Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan serta Memorandum Persefahaman (Mou) Mengenai Memperkukuh Kerjasama Pelaburan dalam Ekonomi Digital dan Pembangunan Hijau antara kerajaan Malaysia dan China.


"Kami meletakkan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor utama dan inovatif baharu yang akan memacu ekonomi kita ke hadapan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Usahawan Cina Sedunia ke-17 di Kuala Lumpur hari ini.


Tambah Anwar, hubungan Malaysia-China hari ini telah melangkaui dasar dan amalan pelaburan tradisional dan berkembang menjadi rangka kerja ekonomi baharu yang lebih kompetitif merangkumi bukan sahaja pelaburan, tetapi juga sektor lain termasuk pelancongan.


Kira-kira 4,000 pemimpin perniagaan tempatan dan delegasi luar negara menghadiri Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) itu.


Acara tiga hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sejak semalam itu turut dihadiri delegasi dari Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara dan Selatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page