top of page

PM umum peruntukan tambahan RM2 juta laksana program bioteknologi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17, 2024
  • 2 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk pelaksanaan program Pemecut Berasaskan Bio (BBA) pada tahun ini bagi membantu industri sektor berasaskan bio menjadi menjadi lebih inovatif dan celik teknologi.


Perdana Menteri (PM) berkata peruntukan tersebut diyakini dapat meningkatkan tenaga kerja dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).


"Dengan galakan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerjasama syarikat Bioeconomy Corporation, syarikat-syarikat berstatus BioNexus dan BBA dapat memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja STEM yang berkelayakan tinggi untuk memacu inovasi dan pembangunan mampan dalam sektor bioekonomi.


"Disebabkan itu, saya menyokong penuh agar pihak MOSTI dan Bioeconomy Corporation mempertingkatkan lagi program BBA dan status BioNexus," kata beliau Ketika berucap merasmikan Pameran Bioekonomi Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.


Perdana Menteri dalam ucapannya turut meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang agar menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi bagi mengadakan program untuk menarik minat pelajar dalam bidang STEM di 100 sekolah di seluruh negara.


Anwar juga mengarahkan supaya laporan mengenai perkara itu dihantar kepadanya dalam tempoh dua minggu.


"Saya maklum kepada Lih Kang untuk adakan kerjasama lebih erat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya program dipesatkan dan tingkatkan minat anak-anak muda dalam STEM berbanding sebelum ini.


"Kebimbangan saya ialah kita sebutkan dalam bidang digitalisasi, kecerdasan buatan (AI) dan bioekonomi … bagaimana boleh pastikan pendekatan kita ambil menjalar kepada rakyat terbanyak. Jadi, bolehlah syarikat bioteknologi, agensi dan kementerian … sebulan sekali, dua tiga jam turun ke sekolah menengah dan beri sedikit pendedahan," kata beliau.


Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata visi negara dalam bidang bioekonomi adalah mahu mewujudkannya secara inklusif dan mampan selaras dengan intipati Malaysia MADANI yang merangkumi Dasar Bioteknologi Negars 2.0, Pelan Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta pelbagai inisiatif ekonomi lain.


"Melalui cara ini, kita dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya dipetik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page