top of page

PM umum cukai taksiran kurang 25% rumah mampu milik Wilayah Persekutuan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan cukai taksiran bagi kediaman mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 25%.


Pengurangan cukai itu adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas tahun 2014 sehingga kini.


"Cukai taksiran yang dikenakan ke atas rumah kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agak membebankan warga kota terutamanya pemilik kediaman rumah mampu milik.


"Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan eleman ihsan yang menekankan kepada aspek peduli, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% bermula penggal kedua tahun 2023 iaitu Julai hingga Disember 2023, sehingga penilaian semula dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut PM pengurangan cukai taksiran tersebut memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta.


"Kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif ini adalah RUMAWIP, PRIMA, PPAM dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.


"Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik diharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page