Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disambut hari ini.
Perdana Menteri mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh kerabat diraja terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.
Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 94 penerima di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang di sini.
Comments