top of page

PM ucap tahniah pertabalan Yang di-Pertuan Agong



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah ucapan tahniah sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara.


"Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17


"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan.


PM bersama rakyat juga berikrar akan terus memberikan ketaat setiaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja berperlembagaan di negara ini.


"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.


"Daulat Tuanku," katanya lagi.


Istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini bagi menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir.


Sultan Ibrahim yang bersemayam di takhta kerajaan Persekutuan itu merupakan generasi kedua Kesultanan Johor menggalas tanggungjawab berkenaan selepas Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page