top of page

PM tidak terlibat, jangan tuduh sembunyi titah adendum - Razeef



Pembangkang dan pihak berkepentingan digesa tidak meneruskan tohmahan kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan titah adendum berkaitan penahanan di rumah ke atas bekas PM Najib Razak.


Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin (gambar, kanan sekali) berkata, Anwar sama sekali tidak terlibat dalam hal berkenaan dan beliau tidak pernah melihat dokumen tersebut.


"Berkenaan adendum KEADILAN Sabah menyerahkan kepada mahkamah dan tidak akan komen.


"Pada pandangan kita, PM tidak terlibat menyembunyikan adendum malah kita lihat PM berikan ruang kepada badan kehakiman dan tidak campur tangan urusan mahkamah walaupun melibatkan bekas seteru beliau dalam politik, Najib Razak.


"Maka kita gesa pihak pembangkang untuk berhenti fitnah PM," katanya dalam sidang media mingguan KEADILAN Sabah, tengah hari tadi.


Menurut Razeef lagi, peguam Najib sendiri pernah menafikan Anwar terlibat dalam menyembunyikan titah berkenaan.


Oleh itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia agar menunggu pendengaran semakan kehakiman Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendedahan fakta sebenar berkenaan titah diraja tersebut.


"Bagi kita, beliau (PM) jelas tidak terlibat dan diakui sendiri oleh peguam Najib Razak, Shafie Abdullah, menyatakan beliau tidak rasa PM terlibat.


"Dan dia (Anwar) juga ada maklumkan titah itu dialamatkan kepada Peguam Negara pada waktu itu. Jadi kita serahkan kepada perundangan untuk tentukan," katanya.


Semalam dalam ucapannya di Pulau Pinang, Anwar menyebut titah adendum telah dihantar oleh Yang di-Pertuan Agong ke 16 kepada Peguam Negara.


Oleh kerana telah berlaku pertukaran jawatan Yang di-Pertuan Agong maka titah itu diserahkan kepada pihak Yang di-Pertuan Agong baharu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page