top of page

PM tidak izin kenaikan premium insurans kesihatan tidak munasabah



Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya premium insurans kesihatan dinaikkan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah.


Berucap pada Majlis Pelancaran Blok Baharu Hospital Pakar KPJ Penang di Bukit Mertajam pada Sabtu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memantau isu tersebut bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang kenaikan.

"Saya telah menekankan kepada Gabenor Bank Negara bahawa syarikat insurans dan syarikat kesihatan, jika berlaku kenaikan tidak munasabah, rakyat tidak akan dapat menerimanya.


"Saya tidak akan pertahankan dan saya tidak akan izinkan," katanya dipetik.


Dalam pada itu Anwar meminta kerjasama hospital swasta supaya memastikan bayaran dikenakan kepada pesakit tidak keterlaluan.


"Doktor-doktor perlu ingat bahawa tidak timbul soalan tanya sama ada, ada insurans atau tak, kalau kos itu, itulah.. Kalau kos itu RM1,000...RM1,000 lah, tidak perlu dibezakan. Memang kenyataan saya ini tidak popular tetapi kita harus terima kenyataan," katanya.


Selain itu Anwar menyarankan hospital swasta boleh mencari cara terbaik dan kompetitif menjimatkan pengurusan kesihatan antaranya melalui pembelian peralatan kesihatan secara pukal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan supaya harganya lebih berpatutan.


Selain itu pengurusan kesihatan swasta dan awam dan dicadangkan melabur di syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan mengeluarkan ubat-ubatan supaya tidak bergantung pada syarikat pengeluar ubat luar negara yang terlalu mahal.


"Mengapa harus kita terbeban dengan kebergantungan kepada jenis ubat dari Amerika dan Eropah, kita perlu mencari alternatif lain yang generik dan boleh diterima, macam Brazil, India, Turkiye, China adalah negara terkenal dengan mengeluarkan ubat generik yang jauh lebih murah," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page