Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selamat tiba di Shanghai, China untuk lawatan kerja empat hari mengeratkan hubungan diplomatik dan menarik pelabur berpotensi.
Menurut Anwar, Malaysia diberi penghormatan sebagai "Country of Honour" di ekspo CIIE ketujuh pada tahun ini.
"Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di Shanghai malam ini sempena lawatan kerja di Republik Rakyat China atas undangan rakan sejawat dan sahabat saya, Premier Li Qiang.
"Insya-Allah, saya akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selaku Country of Honour, di samping mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur berpotensi China sepanjang berada di Shanghai," katanya.
Jelas PM, beliau akan menggunakan lawatan berkenaan bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun, terutama menerusi pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.
Berdasarkan jadual, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Astaka Malaysia serta Astaka Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di negara tembok besar itu, termasuk juga mengadakan perjumpaan bersama syarikat perniagaan dan mengadakan sesi meja bulat dengan para kapten perindustrian China
*Foto Kredit: Amir Haziq/PMO
Comentários