top of page

PM terima kunjungan pemimpin Timor Leste, tingkat hubungan dua hala



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao di Putrajaya.


Menurut PM, kunjungan Gusmão lebih berkisar membincangkan hubungan dua hala dan penyertaan penuh negara termuda di Asia Tenggara itu ke dalam ASEAN.


"Kami mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala, yang tertumpu seputar usaha meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala, khususnya terkait perdagangan dan pelaburan, industri halal, pertahanan dan keselamatan, pendidikan tinggi, kesihatan, latihan dan kesalinghubungan.


"Saya percaya Malaysia dan Timor-Leste perlu memanfaatkan hubungan erat untuk meneroka kerjasama strategik terutama bagi melonjak pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, terutama menerusi Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM).


"Perbincangan kami juga menyentuh peranan Malaysia dalam membantu memuktamadkan keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, khususnya tatkala Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun depan," katanya di Facebook.


Selain itu, delegasi kedua dua negara turut berbincang mengenai perkembagan politik antarabangsa yang menyentuh kedua dua negara seperti konflik di Palestin dan Ukraine.


"Terkait perihal geopolitik serantau dan antarabangsa, saya dan PM Gusmão senada terhadap gesaan mewujudkan keamanan dan kestabilan berpanjangan di Palestin, Myanmar, Yaman, Jordan dan Ukraine," katanya lagi.


PM Anwar berharap hubungan dua hala dapat ditingkatkan ke tahap terbaik di antara Malaysia dan Timor Leste yang telah terjalin sejak 22 tahun lalu.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page