top of page

PM temui Erdogan lahir solidariti rakyat Malaysia



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan di ibu negara Ankara.


Beliau melahirkan rasa simpati dan solidariti rakyat Malaysia kepada rakyat Turkiye yang masih berkabung menghadapi malapetaka gempa bumi yang membinasakan ribuan bangunan dan mengorbankan lebih 31,000 nyawa.


"Saya menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat ketika saat getir dan sukar, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terutamanya dalam membantu warga Turkiye yang terkesan malapetaka gempa.


"Saya turut menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh pihak Kerajaan Malaysia," katanya.


Bersama PM adalah delegasi Malaysia antaranya Menteri Luar Negeri Datuk Sri Utama Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali, Duta Malaysia Ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Sri Amran Mohamed Zin.


DS Anwar meninjau sendiri kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye minggu lalu

Terdahulu, PM melawat pasukan mencari dan penyelamat negara yang dihantar sejak seminggu lalu di kawasan Nurdagi, Gaziantep.


Beliau mendengar sendiri pengalaman getir menyelamat mangsa gempa di kawasan sejuk bersalji dan kekurangan jentera berat.


"Saya dimaklumkan bahawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa.


"Pertemuan itu juga penuh dengan perkongsian pengalaman sewaktu operasi mereka," katanya.


Anwar sempat menitipkan pesan kepada pasukan kita agar terus komited mencurahkan bakti serta mesti menjaga keselamatan sewaktu penugasan dan pengoperasian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page