top of page

PM temui 200 tokoh industri, ketua syarikat Uzbekistan, jana pelaburan



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan dilengkapkan dengan sesi forum perniagaan bersama kapten industri dari negara berkenaan.


Menurut Anwar, beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia bersama-sama pimpinan Kerajaan Uzbekistan yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Jamshid Khodjaev.


Katanya, forum berkenaan dihadiri lebih 200 tokoh industri dan ketua-ketua syarikat pelbagai sektor sama ada dari Malaysia mahupun Uzbekistan.


"Tokoh tokoh ini sempat berdialog bersama saya bagi mengetahui secara jelas dasar dan hala tuju negara.


"Antara yang hadir termasuklah syarikat-syarikat Uzbekistan dengan pendapatan tahunan lebih RM1 bilion seperti Eriell Group, Korzinka, Orient Group, Murad Buildings dan Asklepiy Group, selain syarikat-syarikat Malaysia seperti Petronas, KWSP, Khazanah, Proton, Sunway Group dan Sime Darby.


"Dalam ucapan, saya nyatakan keyakinan terhadap potensi kerjasama Malaysia-Uzbekistan dalam pelbagai sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, E&E, halal dan kewangan Islam, selain bidang-bidang baharu seperti teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI)," katanya.


PM menerangkan kedudukan terkini ekonomi Malaysia yang mengalu alukan pelaburan asing

PM juga memuji agensi dan syarikat besar di Uzbekistan yang melakukan perubahan dalam tempoh singkat daripada ekonomi era sosialisme kepada kapitalisme dan mencapai kejayaan cemerlang.


"Saya turut berpandangan syarikat dan agensi di Malaysia perlu belajar daripada keupayaan Uzbekistan mencetus perubahan, pemodenan dan kemajuan ekonomi dalam tempoh singkat.


"Meskipun negara seperti Malaysia dan Uzbekistan banyak bergantung pada pelaburan negara-negara besar, namun masa hadapan kita amat bergantung pada keupayaan membina kekuatan sendiri," katanya.


Menurut beliau, kedua-dua negara perlu menggunakan kekuatan masing-masing untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.


Kolaborasi sesama negara sedang membangun juga perlu diperkukuh untuk bersama-sama menyokong pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara terlibat.


Selepas sesi dialog berkenaan, PM dan Jamshid menyaksikan pertukaran enam memorandum persefahaman (MoU) antara agensi kerajaan serta syarikat Malaysia dan Uzbekistan.


MoU itu turut membabitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan universiti tempatan.


"InshaAllah, Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia ini dijangka menjana hasil eksport sekurang-kurangnya RM710 juta, yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


"Agensi-agensi perlu mempermudah dan menyegerakan urusan pelaburan ini," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page