top of page

PM suntik semangat peserta misi tawan Everest



Lima peserta pasukan Malaysia Everest 2023 (ME 2023) mendapat suntikan semangat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam misi mereka menawan puncak tertinggi dunia itu.


Pada kunjungan kepada perdana menteri di bangunan Parlimen pada Selasa, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menasihati peserta agar sentiasa keselamatan diri sepanjang misi berlangsung.


Yakin kumpulan itu akan berjaya menawan puncak setinggi 8,849 meter itu, Anwar turut mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada mereka yang akan memulakan misi bermula April sehingga 11 Jun 2023 ini.


Ketua misi ME 2023, Azim Afif Ishak pada pertemuan itu merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa bertemu dengan pendaki.


Azim yang juga bekas pendaki Everest 2016 berkata, pertemuan bagi menyuntik semangat ini sangat bermakna bagi mereka terutama kepada seorang peserta orang kurang upaya (OKU) pekak, Muhammad Hawari Hashim, 33.


"Motivasi diberikan Perdana Menteri ini akan dijadikan sebagai pembakar semangat kepada pendaki bagi mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat global," katanya dipetik.


Tiga pendaki lain iaitu Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampun Yaacub; anggota Komando 69 Kem Ulu Kinta, Koperal Pragash Murugesu, 33, dan kakitangan swasta, Ayu Wanirah Naharuddin, 30.


Tuurt bersama dalam pertemuan itu adalah Chef De Mission ME 2023, Tan Sri Salleh Mohd Nor.


Misi ini adalah kesinambungan tahun lalu di mana empat pendaki terpaksa berpatah balik disebabkan angin kencang disusuli ribut salji mencecah kelajuan 54 kilometer (km) hingga 70 km per jam ketika mereka berada pada anggaran 16 jam pendakian untuk tiba di puncak.


Misi menawan puncak tertinggi dunia itu sambil mempromosi perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page