![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_74e27761f0384880b5fc49fe2d724fed~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_439,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_74e27761f0384880b5fc49fe2d724fed~mv2.jpg)
Solat Jumaat di masjid antara tertua di Beijing, China merupakan peluang yang tidak dilepaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau hari ini berkunjung ke Masjid Dongsi yang dibina pada era Dinasti Ming, ketika agama Islam menjadi agama maharaja China.
"Saya berkesempatan berkunjung ke Masjid Dongsi di daerah Dongcheng, Beijing untuk menunaikan solat Jumaat.
"Masjid Dongsi merupakan masjid yang tertua di Beijing. Saya tersentuh tatkala disambut oleh Imam Nordin dan pihak masjid serta masyarakat Islam di Dongcheng yang menunggu ketibaan saya dalam suasana yang amat sederhana
"Masjid Dongsi dikatakan dibina pada kurun ke-14 semasa era Dinasti Ming oleh seorang pegawai tentera bernama Chen You," katanya.
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_3efaaa428dd4467cbd027d5f2de36fa4~mv2.jpg/v1/fill/w_650,h_433,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_3efaaa428dd4467cbd027d5f2de36fa4~mv2.jpg)
Di masjid itu, Anwar juga diperlihatkan khazanah budaya umat Islam China yang berusia ratusan tahun.
"Saya turut dibawa melawat sayap masjid yang menempatkan pelbagai khazanah dan warisan kebudayaan serta artifak sejarah dari era Dinasti Ming.
"Terdapat pelbagai versi al Quran ditempatkan dan dipelihara dengan cermat, termasuk satu salinan al Quran yang ditulis dengan tangan dari era Dinasti Yuan. InshaAllah, saya pasti akan kembali ke sini di lain waktu," katanya lagi.
Comments