top of page

PM sokong reformasi pengurusan lesen bazar Ramadan di Kuala Lumpur



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong dan memuji tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang mereformasikan kaedah pengurusan lesen bazar Ramadan di bawah kendalian Dewan Bandarawa Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyediakan tapak jualan sempena bulan Ramadan kali ini.


Menurut beliau, telah puluhan tahun isu lesen bazar Ramadan itu dikuasai golongan tertentu sehingga menjejaskan para peniaga.


Anwar menegaskan soal perubahan polisi dan ketegasan penguatkuasaan amat perlu dilakukan dalam Kerajaan Madani.


"Saya menegaskan keperluan penguatkuasaan yang tegas dalam merealisasi perubahan. Umpamanya langkah berani Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL mereformasi pengurusan lesen bazar Ramadan di Kuala Lumpur yang berjaya menurunkan kadar sewa untuk peniaga.


"Saya menyokong penuh usaha menghapuskan amalan pemindahan lesen perniagaan yang berlarutan selama puluhan tahun, sama ada di ibu negara atau kota-kota besar lain.


"DBKL perlu bertindak tegas, termasuk membatalkan lesen serta-merta jika ada penyalahgunaan, agar prinsip keadilan dan ketelusan terus terpelihara," katanya dalam muatnaik di Facebook usai Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pagi tadi.


Dalam pada itu, PM juga memuji persiapan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang ditugaskan untuk menyambut ketibaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan pada hari ini dan juga dalam usaha menyambut kedatangan pemimpin ASEAN berikutan kepengerusian Malaysia dalam pertubuhan itu yang akan menjadi tuan rumah pelbagai mesyuarat.


"Menyentuh persiapan Malaysia menyambut tetamu asing sempena kunjungan hormat dan persidangan ASEAN, saya tegaskan penjawat awam perlu menunjukkan keupayaan mengurus ratusan program bertaraf antarabangsa dengan cekap dan berkesan.


"Komitmen tinggi daripada penjawat awam ini dapat saya saksikan sendiri semalam tatkala meninjau persiapan menyambut kunjungan sahabat saya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan ke Malaysia.


"Sekalung penghargaan buat ribuan penjawat awam yang mengorbankan hujung minggu serta bertungkus-lumus bagi menjulang nama negara," katanya.


Selain itu, Anwar dalam ucapannya juga mengingatkan penjawat awam yang beragama Islam untuk bersiap sedia menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan tiga minggu daripada sekarang.


Katanya, persiapan bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga tetapi menghayati makna sebenar Ramadan yakni memperbaiki akhlak, memupuk nilai keprihatinan, dan memperkukuh kesedaran terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page