top of page

PM sokong kajian, penerokaan TNB luaskan inovasi, perniagaan di UK



Perluasan perniagaan dan kemampuan teknologi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan rakan kerjasama di United Kingdom (UK) disokong Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim.


PM dalam ucapannya pada majlis pelancaran ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) dibina oleh Tenaga National Berhad, menekankan kerjasama tenaga serupa boleh juga dilakukan melalui Grid Kuasa ASEAN yang akan memberi manfat kepada teknologi baharu dalam memajukan sektor peralihan tenaga di rantau Asia Tenggara.


"Justeru usaha dalam bidang ini termasuk di UK, pasti bermanfaat disokong dengan kajian dan penerokaan (TNB) dan daya cipta daripada pemain korporat serta para profesional bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) .


"Hatta impaknya nanti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi industri peralihan tenaga utama," katanya dimuatnaik di Facebook.


Ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) nerupakan pelaburan teknologi penjanaan elektrik julung kali daripada TNB di UK.


Ladang solar itu mempamerkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.


"Syabas dan sekalung penghargaan kepada TNB yang kini memiliki, membangun, dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui di seluruh UK dan Ireland," kata Anwar lagi.


PM Anwar dalam rangka lawatan selama lima hari ke UK. Selain menemui tokoh politik Inggeris beliau juga menemui firma firma utama perindustrian di sana seperti Standard Charted PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy dan Yondr bagi meneroka peluang perniagaan, pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page