top of page

PM seru syarikat korporat, IKS bantu golongan OKU



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar syarikat korporat termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi penyumbang kepada kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) memajukan diri mereka.


Hasrat Perdana Menteri itu disampaikan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Program Semarak Merdeka MADANI 2024 PPDK Jasin di Jasin Bestari pada Khamis.


Menurutnya, kerjasama antara syarikat korporat dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) umpamanya juga dapat mengetengahkan potensi golongan itu ke peringkat lebih tinggi.


Mengambil contoh pencapaian atlet paralimpik negara di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berjaya meraih pingat untuk kontinjen Malaysia membuktikan bantuan dan sokongan pelbagai pihak amat memainkan peranan.


"Perdana Menteri menunjukkan keprihatinan beliau kepada atlet paralimpik dengan memberikan pelbagai kemudahan dan dorongan kerana kejayaan mereka itu patut menjadi contoh.


"Ini patut dicontohi oleh semua pihak terutama syarikat korporat dan IKS dapat sama-sama memberikan sumbangan.


"Melalui penglibatan semua pihak, Perdana Menteri mahu melahirkan satu masyarakat yang prihatin menanam prinsip dalam Keluarga Malaysia Madani," jelasnya.


Mengenai pencapaian OKU, katanya, kejayaan beberapa atlet paralimpik di peringkat dunia memperlihatkan keupayaan OKU yang hebat jika diberi galakan dan bantuan yang sesuai kepada mereka.


"Kejayaan beberapa atlet paralimpik negara yang berjaya memperoleh pingat dalam temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 sebagai contohnya.


"Ini membuktikan golongan OKU mampu berjaya menerusi bantuan serta sokongan semua pihak dan kita berilah sokongan kepada aktiviti yang membabitkan golongan OKU," jelasnya.


Sementara itu Shamsul mengajak rakyat Malaysia merasa bangga dengan keupayaan atlet paralimpik negara memenangi pingat emas kerana ia merupakan kejayaan besar dan menjadi satu cerita kebanggaan masyarakat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page