top of page

PM seru manfaatkan potensi besar industri REE



Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran Facebook berkata, kerjasama dengan pemain-pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.


"Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara," katanya.


Kenyataan itu menyusul selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 yang dipengerusikannya pada Isnin.


Sementara itu melalui hantaran sama PM memaklumkan, mesyuarat juga meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global.


"Kerajaan yakin usaha-usaha ini akan terus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara," katanya.


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada September lalu memaklumkan Malaysia memiliki sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dianggarkan berjumlah 15.2 juta tan dengan nilai pasaran semasa boleh mencecah sehingga RM747.2 bilion (AS$182 bilion).


Anggaran nilai sumber NR-REE yang tinggi dimiliki negara ini membolehkan negara berpotensi membuat pelaburan dalam industri berkenaan, sekali gus memberi pulangan berlipat ganda kepada ekonomi negara dengan membangunkan industri terbabit secara menyeluruh merangkumi pembangunan NR-REE pada peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.


Bagaimanapun kerajaan berpegang dengan prinsip pembangunan industri tersebut akan dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa memberi impak negatif kepada alam sekitar, hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan orang awam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page