top of page

PM sertai sidang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44, 45 di Laos



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi tiba di lapangan terbang Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao (Laos).


Beliau mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 yang akan membuka tirai secara rasmi pagi ini.


"Saya bersama-sama delegasi Malaysia akan turut menghadiri sidang-sidang kemuncak berkaitan, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa ketua dan pimpinan kanan pelbagai negara sehingga Jumaat.


"Persidangan ini amat bermakna buat negara berikutan Kepengerusian ASEAN tahun hadapan akan diserahkan kepada Malaysia di sini.


"Doakan kejayaan buat delegasi negara dan semoga segala urusan dipermudahkan," katanya dalam catatan di Facebook.


Malaysia dijangka akan menggunakan platform persidangan itu untuk menyatakan pendirian mengenai isu membabitkan Laut China Selatan, perkembangan di Myanmar dan Timur Tengah.


Sebelum ini dalam kenyataan Wisma Putra, penglibatan Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 serta sidang berkaitan menzahirkan komitmen teguh Malaysia terhadap ASEAN dan usahanya meningkatkan kerjasama serta integrasi serantau yang mempromosi dan mengekalkan keamanan kestabilan kemakmuran di dalam dan luar Asia Tenggara


Hal itu termasuklah usaha pembinaan komuniti ASEAN dan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, keamanan serta kestabilan serantau, integrasi ekonomi serantau, ekonomi hijau, teknologi baharu, peralihan tenaga, keselamatan makanan, serta kemajuan Timor-Leste ke arah keahlian penuh ASEAN dan hubungan ASEAN dengan rakan kongsinya.


Sewaktu Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.


Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025.


Datuk Seri Anwar dijadual menyampaikan ucapan ringkas yang menggariskan visi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.


Perdana Menteri dalam misi ini diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, MITI, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Ekonomi, serta Kementerian Belia dan Sukan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page