top of page

PM serah sumbangan RM80,000 kepada mangsa kebakaran Tanjung Dawai



Seramai 16 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat kebakaran di Kampung Nelayan Tanjung Dawai, Kedah menerima sumbangan dari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam satu majlis di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng pada Ahad.


Menurutnya, setiap keluarga menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dan diharap ia dapat menampung beban keluarga dan membantu mereka untuk mencari penempatan sementara.


"Saya telah diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk turun jumpa dengan mangsa-mangsa dan juga menyampaikan sumbangan kepada semua 16 keluarga yang terkesan dengan jumlah sumbangan keseluruhan berjumlah sebanyak RM80,000.


"Saya dimaklumkan hari ini kita masih lagi menunggu laporan daripada pihak bomba untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebab dan punca kepada insiden kebakaran tersebut," katanya dipetik.


Dalam kejadian 5 Januari lalu, sederet rumah di Kampung Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) itu musnah dan turut turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.


Musibah menimpa penduduk yang bekerja sebagai nelayan turut mendapat perhatian Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.


Beliau yang kemudian menyalurkan bantuan Tabung Bencana Kebajikan Nelayan berjumlah RM132,000 sebagai bantuan segera meringankan beban nelayan terjejas.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page