top of page

PM serah sumbangan 35 lembu korban ke 11 wilayah Felda



Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda bagi menjalankan ibadah korban.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.


"Setiap wilayah berkenaan memperoleh kira-kira tiga ekor lembu bagi pelaksanaan program korban di seluruh negara melibatkan semua komuniti Felda dan masyarakat setempat.


"Kita dapat lihat kemeriahan program korban hari ini bersama pihak masjid, kepimpinan kampung dan peneroka ... nampak suasana muhibah itu berlaku dalam program ini," katanya dipetik.


Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Korban Felda MADANI di Felda Tun Ghafar Hutan Percha di Alor Gajah semalam.


Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kawal Selia Felda Jabatan Perdana Menteri Datuk Azlan Johar dan Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Datuk Mohd Banuri Aris.


Sementara itu tambahnya, Perdana Menteri berharap golongan peneroka dapat mengambil ibrah daripada ibadah haji untuk melakukan perubahan dalam hidup.


Ia sekali gus menjayakan program korban dengan semangat gotong-royong, kerjasama, menyemarakkan rasa hormat-menghormati antara kepimpinan di peringkat akar umbi agar mendapat nikmat daripada program ibadah korban itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page