top of page

PM selesaikan masalah Kelantan, Fadhli Shaari sibuk himpunan solidariti?



Rakyat Kelantan, khususnya pengundi di parlimen Pasir Mas seharusnya melihat sendiri sikap Ahli Parlimen mereka, Fadhli Shaari yang sibuk bersilat kata kata demi meneruskan perhimpunan solidariti ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak biarpun Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah agar rayuan mengurangkan hukuman dibawa ke Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan.


Bagi aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, Fadhli Shaari hanya pandai 'bersilat politik' padahal pada waktu sama PM Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) berusaha keras menyelesaikan masalah banjir dan kawalan sempadan di Kelantan.


"Baru kelmarin PMX umum nak bantu segerakan projek tebatan banjir di Kelantan terutamanya di Sungai Golok.


"Setiap tahun banjir kawasan ini babit 3 parlimen iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.


"1 Januari 2025 pula Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar datang ke Rantau Panjang dalam Jajahan Pasir Mas untuk gabung 6 agensi jaga sempadan jadi 1 sahaja.


"Sebab banyak masalah pil kuda, dadah, penyeludupan manusia, benda haram, senjata dan pendatang tanpa izin. Akhirnya rosak rakyat Melayu Kelantan," kata Syam dalam satu kenyataan.


Beliau juga mengingatkan bahawa pada 3 Januari lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan untuk mempercepat projek tebatan banjir Sungai Golok yang dijangka siap pada tahun 2029.


PMX mahu projek fasa 2 bernilai RM879 juta, projek fasa 3 bernilai RM472 juta untuk Pasir Mas dan Tumpat dibuat secara berterusan bagi memberi kelegaan penduduk yang bakal menjadi mangsa banjir untuk tempoh empat tahun akan datang jika projek tersebut dibuat secara terpisah pisah.


Sebaliknya kata Syam Ghaz, sepanjang tempoh itu Ahli Parlimen Fadhli Shaari terus dengan agenda penganjuran himpunan solidariti ke atas Najib, yang sebelum ini tidak pun dibela oleh Pas pada waktu bekas PM itu menghadapi perbicaraan manakala Pas sendiri berada dalam Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022.


"Dia sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, waktu rakyatnya kesusahan dan tengelam banjir bukan sibuk nak selesai masalah di Parlimen dia, tapi sibuk berkokok nak berpolitik dan bukannya nak berterima kasih (kepada PMX).


"Sudah sampai masanya rakyat Parlimen Pasir Mas menolak YB Kangkong ini pada pilihanraya akan datang," kata Syam lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page