top of page

PM selamat tiba di Brazil, hadiri Sidang Kemuncak G20



Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim selamat tiba di bandar perdagangan Brazil, Rio de Janeiro untuk lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak G20.


Menurut Anwar beliau akan menyampaikan mesej penting dalam persidangan itu berkaitan inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global.


"Saya akan nyatakan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi, menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global.


"Selain G20, saya dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva serta beberapa pemimpin negara anggota yang lain," katanya dalam catatan di Facebook.


Selain itu, kata Anwar, delegasi Malaysia juga akan bertemu dengan komuniti perniagaan di Brazil.


Terdahulu, Anwar dan delegasi mengakhiri lawatan ke Peru dengan memperolehi peluang perniagaan dan menandatangani memorandum persefahaman bernilai lebih RM1 bilion.


Katanya, bidang pertanian, kimia dan produk halal menjadi keutamaan hubungan dagang Malaysia dengan Peru.


"Syarikat di Peru menunjukkan minat mendalam terhadap produk Malaysia seperti bahan binaan berasaskan keluli dan kaca, peralatan dan perubatan, minyak sawit, bahan kimia, serta makanan dan minuman.


"Kerajaan MADANI optimis dalam memastikan semua peluang pelaburan dan perdagangan ini direalisasikan dengan segera bagi manfaat bersama," katanya lagi.


Untuk lawatan di Brazil, beberapa isu penting mengenai perdagangan di rantau Asia dan dunia akan menjadi keutamaan perbincangan kerana Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN pada 2025 manakala Brazil mendapat giliran sebagai Pengerusi BRICS pada tahun depan.


Kehadiran Malaysia ke Sidang Kemuncak G20 adalah mewakili rantau Asia Tenggara yang secara tradisinya G20 akan menjemput Pengerusi ASEAN menghadiri persidangan

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page