top of page

PM pun tertakluk kepada TCO, kenamaan memang diiringi polis - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau turut tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.


Perdana Menteri menjelaskan semua orang kenamaan tertakluk kepada tindakan tersebut


"Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada," katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di Gombak, Selangor hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal mengapa beliau dikenakan TCO.


Laporan media menyebut Ahmad Samsuri mendakwa dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status TCO sejak pertengahan tahun lalu oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon dan pemantauan pergerakan peribadi.


Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa pemantauan itu telah menjejaskan pergerakannya, termasuk ketika melalui sempadan domestik seperti ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.


Katanya, TCO merupakan bentuk pemantauan terhadap individu yang dianggap ‘berisiko’ oleh pihak tertentu, walaupun tiada sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.


Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu itu kerana beliau sentiasa diiringi anggota polis bagi tujuan keselamatan.


"Tiada keperluan untuk ‘spy’ beliau kerana polis memang sentiasa bersamanya.


"Saya sendiri pernah tersenarai untuk pengawasan dari tahun 2000 hingga 2004. Saya anggap itu sebahagian daripada tugasan pihak berkuasa," katanya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page