top of page

PM promosikan pelaburan peralihan tenaga, teknologi hijau di UAE



Sektor peralihan tenaga dan pelaburan hijau menjadi keutamaan Malaysia dan dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Katanya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN amat mengalu alukan pelaburan tenaga bersih dan teknologi digital utuk membangunkan rantau Asia Tenggara.


"Saya menyampaikan suara Malaysia terkait masa depan ASEAN yang memerlukan kebersamaan jitu dalam mempromosikan rantau itu sebagai blok yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya.


"Malah, saya turut berkongsikan prakarsa Malaysia yang agresif dalam mempromosikan pembangunan ekonomi sejagat dan juga pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan," katanya di Facebook.


Sebelum itu, pada forum “Youth For Sustainability Forum” Anwar menyeru anak muda di seluruh dunia agar pantas mengadaptasi teknologi terkini pada era revolusi digital.


Katanya, anak muda perlu meneroka teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.


"Kekuatan mental dan fizikal adalah penting dalam menopang tantangan membentuk sebuah negara negara yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi mendatang," katanya.


Lawatan dua hari PM ke UAE berakhir semalam dengan kejayaan meningkatkan sinergi perdagangan dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council - GCC) dan negara ASEAN, selain menarik lebih banyak pelaburan syarikat gergasi UAE.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page