![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_8ed51c2a30cf46c488e5a327ba394e9f~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_8ed51c2a30cf46c488e5a327ba394e9f~mv2.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC), semalam.
Menurut Anwar, bertukar pandangan bersama rakan lamanya itu sesuatu yang mengujakan di tengah tengah perkembangan tidak menentu situasi antarabangsa pada waktu ini.
"Saya dan Azizah meraikan Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan dalam majlis makan santai dan penuh harmoni di KLCC sempena kerangka Lawatan Rasmi dua hari ke Malaysia.
"Ruang ini untuk kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai sinergi baharu dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara," katanya dalam muat naik di Facebook.
![Majlis makan malam yang amat bermakna buat dua sahabat lama, mewakili kepimpinan tertinggi negara](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_adba6856bfa243dd8eb286ae7171a12d~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_adba6856bfa243dd8eb286ae7171a12d~mv2.jpg)
Selepas itu Anwar membawa Erdogan meninjau kawasan sekitar KLCC dan bergambar di lokasi menarik.
Hari ini Erdogan akan meneruskan lawatan dengan beberapa perbincangan dua hala melibatkan pelbagai bidang, terutamanya ekonomi dan ketenteraan.
Comments