top of page

PM nyata komitmen tingkat kerjasama Malaysia-Rusia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen Malaysia untuk mempertingkatkan kerjasama dengan Rusia dalam semua bidang.


Perkara itu dinyatakan semasa mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok pada Selasa.


"Saya pastinya berharap untuk mempunyai hubungan yang lebih baik, kerjasama peribadi dan kerajaan, semua bidang (dengan Rusia)," kata Anwar dipetik semasa pertemuan dua hala bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF).


Pada pertemuan dua hala itu, Anwar telah mengakui potensi besar Rusia dan sebagai negara terbesar dunia yang telah menunjukkan keazaman untuk menghadapi pelbagai kesukaran dan mengatasinya.


Beliau turut memberi jaminan kepada Putin bahawa sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, beliau akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama kumpulan serantau itu dengan Rusia dalam semua bidang.


"Seperti yang anda tahu, ASEAN sentiasa menjalin hubungan dengan Rusia dan kami mempunyai perdagangan terbuka yang memfokuskan kepada semikonduktor atau dalam beberapa bidang berkaitan.


"Tentu sekali, kami di ASEAN menantikan penyertaan anda (pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025)," tambahnya.


Dalam pada itu, Anwar mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada Putin secara peribadi kerana bertemu dengannya walaupun mempunyai jadual yang padat.


"Kami tentunya berharap untuk mempunyai program susulan yang efektif supaya perbincangan (hari ini) tidak berakhir di sini. Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda dan pasukan anda," katanya.


Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Rusia dan pertemuan pertamanya dengan presiden negara itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.


Hari ini beliau dijadualkan memberi ucapan pada sidang pleno forum berkenaan.


*Kredit foto: Fath Rizal & Suhairi/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page