top of page

PM nafi kerajaan gagal nokhtahkan miskin tegar tahun lalu



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bahawa Kerajaan MADANI pimpinannya gagal menoktahkan kemiskinan tegar pada penghujung tahun lalu.


Sebaliknya beliau menjelaskan 65.6% daripada 22,893 miskin tegar telah berjaya dinoktahkan sehingga 1 Ogos lalu.


Katanya, jumlah isi rumah yang masih berada dalam kategori berkenaan turut dipengaruhi rekod sebelum ini iaitu ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Janganlah kata gagal. Jumlah ini (kemiskinan tegar) adalah jumlah masa kerajaan yang disokong oleh Yang Berhormat (PN).


"Saya minta Kerajaan Negeri, termasuk Pegawai Jajahan untuk tambah lagi dan kita lakukan dan kita pinda daripada pendekatan lama yang kerajaan dulu buat kepada pendapatan per kapita berdasarkan maklumat baharu.


"Kita (Kerajaan Perpaduan) guna angka itu dan kita selesaikan. Kemudian saya rujuk kepada semua Kerajaan Negeri dan setakat ini mereka memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.


Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang mendakwa kerajaan gagal dalam usaha menoktahkan kemiskinan.


Terdahulu, Siti Zailah turut mengajukan soalan berkaitan status terkini usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar sebagaimana dijanji Anwar pada tahun 2023 dan apakah mekanisma yang digunakan bagi menentukan kategori miskin tegar.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setakat 21 Oktober lalu, sebanyak 65.6% kemiskinan tegar atau 15,029 ketua isi rumah telah diselesaikan berdasarkan rekod yang didaftarkan.


"Apa yang diperoleh setakat 31 Januari 2023 adalah setiap ketua isi rumah termasuk kategori miskin tegar 126,372 orang.


"Manakala, setakat 29 Julai lalu, yang dikesan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan e-kasih juga telah diselesaikan.


"Angka berkenaan bertambah kerana kejayaan tersebut merupakan jumlah baru didaftarkan sehingga 29 Julai lalu.


"Pada 1 Ogos 2024, kita buka untuk permintaan baharu termasuk rekod lama yang perlu dibantu 22,893 orang, ia setakat Julai tahun ini," ujarnya lagi


Mengenai mekanisme menentukan kategori miskin tegar pula, beliau berkata, ukuran yang digunakan adalah berdasarkan per kapita.


"Dulu kita ambil pendapatan, tetapi kita lihat ada kelemahan umpamanya kalau pendapatan RM2,000 tetapi empat isi rumah, jadi pendapatan sebenar adalah RM500.


"Berbeza RM2,000 dengan lapan isi rumah, jadi pendapatan sebenar adalah RM250.


"Sebab itulah ia diubah dari pendapatan kepada per kapita, saya rasa lebih tepat, tetapi ia perlu mengambil kira per kapita berapa orang anak dan tanggungan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page