top of page

PM menghadap Sultan Ibrahim, rasmi masjid dalam lawatan ke Johor



Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene di Johor Bahru pagi tadi.


Anwar yang sedang dalam lawatan kerja ke negeri itu tiba di Senai Business Aviation Terminal pada 9.55 pagi dan disambut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.


Kenderaan membawa perdana menteri ke-10 itu kemudian tiba di istana berkenaan kira-kira 10.30 pagi.


Sebelumnya Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian.

Anawa menurunkan tandatangan merasmikan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi

Ahli Parlimen Tambun itu selesai sembah menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada jam 11.55 pagi.


Beliau kemudiannya meluangkan kira-kira 25 minit menjamu selera dan beramah mesra dengan masyarakat di sebuah medan makan di Kampung Melayu Majidee.


Turut menemani beliau, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Beliau selepas itu ke Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi yang terletak kira-kira 4 meter dari medan selera tersebut untuk menunaikan solat Jumaat.


Anwar kemudian menandatangani plak perasmian masjid berkenaan.


Perdana menteri itu kembali ke ibu negara selepas selesai program tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page