top of page

PM mahu projek ECRL dipercepat, galak pertumbuhan ekonomi



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempercepatkan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Perdana Menteri (PM) berkata, projek melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang di antara kawasan-kawasan kurang membangun termasuk melibatkan negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu.


"Sebab itu saya nyatakan kepada CCCC dan MRL supaya segerakan pelaksanaan projek ini dan kita akan beri segala kerjasama supaya pesatkan pertumbuhan dan kejayaan projek ECRL.


"Kita juga minta beberapa perhatian termasuk jaminan kontraktor, perunding, pembekal dari syarikat negara dan penyertaan Bumiputera selayaknya," katanya dipetik ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak yang turut dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang.


Majlis pecah tanah itu merupakan sebahagian daripada acara lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri China ke Malaysia sempena ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.


Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Pengerusi MRL Tan Sri Mohd Zuki Ali, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Pengerusi CCCC Wang Tongzhou, menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia dan China.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ECRL akan menjamin pertumbuhan kawasan yang dianggap ‘kurang’ dari segi persaingan dan tidak mempunyai keupayaan bersaing melainkan dengan menyediakan prasarana yang baik.


"Itu akan memberikan ruang supaya kita boleh menyaksikan pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri-negeri ini," katanya.


ECRL sepanjang 665 km yang bermula dari Kota Bharu, Kelantan dan berakhir di Pelabuhan Klang, Selangor akan melibatkan 20 stesen iaitu 10 stesen penumpang dan 10 lagi stesen yang menggabungkan pengangkutan barang dan penumpang.


Terletak di kawasan seluas 8.73 hektar di pinggir kawasan pembentukan kuarza terpanjang di dunia 'Gombak Selangor Quartz Ridge', stesen Terminal Bersepadu ECRL Gombak dijangka dihubungkan dengan stesen LRT Gombak sedia ada bagi memudahkan kesalinghubungan menerusi LRT Laluan Kelana Jaya.


"Jajaran ECRL antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijangka siap menjelang Disember 2027," menurut kenyataan MRL.


Sementara itu, Loke dalam kenyataan berkata ECRL akan mengoptimumkan kesalinghubungan untuk penumpang dan pengangkutan barang antara pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia apabila beroperasi nanti.


"Kita menjangka ECRL akan memacu peralihan pergerakan kargo daripada pengangkutan jalan raya kepada perkhidmatan rel iaitu mod pengangkutan alternatif yang selamat untuk jarak jauh serta mesra alam dan kos efektif.


"MOT juga sedang meneroka kemungkinan melanjutkan jajaran ECRL untuk memanfaatkan rangkaian rel Thailand, membuka jalan kepada ECRL untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian rel Pan-Asia yang mampu menghubungkan Malaysia dengan China sekali gus merealisasikan visi Belt and Road Initiative (BRI)," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page