top of page

PM mahu polis siasat secara rapi kes Zayn Rayyan, Faisal Halim



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu polis melakukan siasatan rapi terhadap semua kes yang mendapatkan perhatian umum khususnya membabitkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.


Sambil menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam urusan siasatan pihak berkuasa, Perdana Menteri berkata, pihaknya memahami keresahan rakyat membabitkan kes terbabit.


"Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU (Orang Kelainan Upaya), kita prihatin, saya Perdana Menteri tetapi saya juga manusia saya juga nak tahu mengapa sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.


"Kalau saya, saya nak polis jawab esok, tapi proses kena lalui. Kita tak peduli siapa tapi saya faham rakyat juga rasa resah," katanya ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya hari ini.


Bagaimanapun, Anwar berkata, apa yang boleh beliau lakukan adalah meminta Menteri Dalam Negeri memastikan siasatan rapi disegerakan.


Katanya, beliau pernah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, supaya menyegerakan siasatan dengan rapi tanpa sebarang campur tangan.


"Jangan (timbulkan) persepsi, hanya fikir mungkin orang ini salah, ikut tafsiran hukum, ini tak boleh.


"Sekarang ini dalam TikTok, semua jadi hakim. Serang menghukum terus, kata kita melindungi, apa yang melindungi?" soalnya.


Semalam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.


Faisal pula dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas dan beliau telah membuat penampilan pertama semalam dengan kecederaan pada bahagian kepala, muka dan tangannya dapat dilihat dengan jelas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page