top of page

PM mahu lihat lebih banyak pasukan e-sukan cipta kejayaan



Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang sedang berkembang pesat di negara ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu melalui satu hantaran di laman Facebooknya susulan kunjungan hormat daripada pasukan E-Sukan Selangor Red Giants di pejabatnya pada Jumaat.


"Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha gigih pasukan hingga membuahkan kejayaan yang menjadi kebanggaan buat pasukan dan negeri Selangor, serta melambangkan potensi anak muda Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa," katanya dipetik.


Red Giants, telah mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024 di Esports World Cup yang berlangsung di Riyadh pada Julai lalu.


Kejayaan diraih pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu sekaligus menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia dalam acara itu.


Sementara itu Anwar berkata, kerajaan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan dunia.


Justeru beliau berharap Malaysia dan Selangor Red Giants dapat melakar sejarah sekali lagi di Kejohanan Dunia MLBB M6 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada akhir tahun ini

0 comments

Hozzászólások


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page