top of page

PM mahu isu 5G, MyDigital ID diselesaikan segera - Fahmi



Isu kelewatan MyDigital ID dan rangkaian 5G yang menjadi kekecewaan Perdana Menteri (PM) turut disentuh dalam mesyuarat Kabinet petang tadi.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, jumlah pendaftaran dalam MyDigital ID amat mengecewakan dan ianya pada pendapat PM perlu ditingkatkan kerana sasaran pendaftaran aplikasi itu mencapai 15 juta pendaftar berumur 15 tahun ke atas pada 2025.


"Antara yang dibangkitkan mengenai MyDigital ID ialah apa yang pada tanggapan PM adalah kelewatan dalam melaksanakan program tersebut dengan jumlah setakat 5 Dis 2024, jumlah pendaftaran mencecah 1.319 juta orang. Jadi PM merasakan jumlah ini terlalu rendah. Isu ini berkait dengan keperluan untuk usaha ini digandakan.


"PM memberi Mydigital ID tempoh masa singkat dalam 2 minggu dari mesyuarat tempoh hari, dan satu keputusan akan dibuat. Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengguna dan mereka yang telah mendaftar bagi sistem MyDigital ID," katanya.


Manakala bagi isu rangkaian 5G pula, katanya, berkaitan dengan kelewatan syarikat telekomunikasi (telco) menyelesaikan isu pegangan saham (Share Subscription Agreements (SSA) sehingga dibuka tender bagi rangkaian kedua yang dihadkan kepada syarikat telco yang menandatangani SSA sahaja.


"Pasa masa sama, pihak DNB juga telah diminta untuk memberikan perancangan perniagaan yang baru atau terkini kepada MCMC untuk diteliti bagi peruntukan spektrum tambahan dari DNB.


"Sekali lagi PM merasakan isu ini sepatutnya diurus dengan pantas. DNB bukan di bawah Kementerian Komunikasi. Jadi saya tidak terlibat dalam pengurusan.


"MCMC telah memaklumkan U-Mobile telah membentangkan pelan perniagaan mereka sementara DNB diberi sehingga minggu depan untuk membentangkan pelan perniagaan," katanya.


Dalam pada itu, kata Fahmi lagi, PM turut menjelaskan mengapa beliau out of character dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) sebelum ini kerana kecewa dan merasakan kedua dua isu tersebut harus bergerak lebih pantas.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page