top of page

PM mahu bertemu pasukan sepak takraw negara



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang mengambil berat perkembangan sukan negara sekalipun berdepan jadual tugas yang padat.


Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berkata, Anwar telah menyatakan hasrat ingin berjumpa skuad sepak takraw negara setelah beliau selesai lawatan kerjanya di beberapa buah negara.


"Perdana Menteri ambil tahu dengan perkembangan sukan tanah air walaupun beliau sibuk dengan urusan negara di luar negara," katanya dipetik.


Hannah ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) USJ 12 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada Khamis.


Terdahulu, skuad sepak takraw negara mencipta sejarah apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024.

Selepas mengungguli acara double, skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final di Stadium Titiwangsa pada Rabu.


Sementara itu Hannah berkata, kerajaan akan mengumumkan insentif kepada skuad sepak takraw negara rentetan kejayaan bergelar juara dunia acara double dan regu sebaik perlawanan akhir berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Ahad ini.


Beliau berkata, tidak mahu membuat pengumuman awal kerana mahu para pemain terus fokus dalam acara berpasukan yang bermula hari ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page