Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap seharusnya memberi sokongan padu kepada calon nombor satu, Dr Joohari Ariffin.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, sekiranya DUN itu kembali ke tangan KEADILAN maka Perdana Menteri (PM) yang sejarahnya dilahirkan di hospital Sungai Bakap akan memberi tumpuan penuh kepada kemajuan di kawasan berkenaan.
"Saya menyeru kepada pengundi di Sungai Bakap, undilah PH calon dari KEADILAN kerana PM kita, Datuk Seri Anwar dilahirkan di hospital Sungai Bakap.
"Jadi dia sangat prihatin dengan Sungai Bakap. Dia lahir di sini.
"Kita mahu pembangunan dari anak (dilahirkan di) Sungai bakap, PM Anwar, dan boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan PBT," katanya ketika ditemui Suara Keadilan usai proses penamaan calon di sini.
Tambah Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, pembangunan di Sungai Bakap akan berlipat kali ganda sekiranya kawasan itu berada dalam jalur pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
"Jika kita ada ADUN dari PH maka senanglah semua projek, rancangan negeri dan pusat dilaksanakan di sini.
"Sokonglah Dr Joohari, anak Sungai Bakap," katanya lagi.
Di samping itu, Tze Tzin juga teruja melihat lebih 3,000 penyokong berarak menghantar calon hari ini yang melambangkan betapa pentingnya DUN Sungai Bakap sebagai pemacu kebangkitan pengaruh Pakatan Harapan di kawasan utara Semenanjung.
Sungai Bakap dirampas oleh KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan terus bersama parti itu sehinggalah Pilihan Raya Negeri 2023 lalu.
Comments