top of page

PM komited penuhi MA63, jangan timbulkan keraguan - Roland Engan



Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 telah diperakui akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Amwar Ibrahim.


Sehubungan itu menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, amatlah tidak wajar mana mana pihak terus mempersoalkan apakah Kerajaan Persekutuan ikhlas dalam hal itu, atau mahu melambatkan pemberian peruntukan serta hak hak yang telah dipersetujui di bawah perjanjian berkenaan.


"KEADILAN Sarawak ingin menegaskan bahawa PM Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan seawal bulan pertama pemerintahannya untuk MA63 dilaksanakan segera.


"Oleh itu, mana-mana pemimpin tidak patut menimbulkan rasa kurang puas hati atau ragu-ragu pada komitmen Perdana Menteri untuk melaksanakan MA63 dan memperincikan perlaksanaannya dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Keratan media Utusan Borneo

Roland berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang membayangkan bahawa MA63 masih menghadapi beberapa kelewatan terutama peruntukan pembangunan dalam sektor kesihatan di Sarawak.


Tegas Roland, ahli politik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri perlu yakin terhadap komitmen PM untuk melaksanakan MA63 kerana hanya Datuk Seri Anwar yang sanggup mengembalikan hak hak negeri Malaysia Timur itu sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia.


"Kenyataan beliau (Dr Sim) bahawa Sarawak masih menunggu keputusan PM berhubung isu berbangkit MA63 adalah kenyataan yang agak serong seolah-olah Kerajaan Sarawak pimpinan GPS yang lebih komited melaksanakan MA63, sedangkan Perdana Menteri dipamerkan seolah-olah lembab untuk bersetuju dengan perincian perlaksanaan MA63 tersebut.


"Untuk rekod, hanya PM sekarang yang serius melaksanakan MA63 berbanding semua Perdana Menteri sebelum ini, dan parti-parti politik dalam Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Persekutuan hanya senyap menutup isu "duri dalam daging" MA63 tersebut sebelum ini atas nama politik pembangunan," katanya.


Sebaliknya, Roland mahu pemimpin Kerajaan Negeri bersikap lebih fleksibel sebagai mana Kerajaan Persekutuan terutama dalam usaha memansuhkan undang-undang dan polisi yang tidak memihak kepada hak demokrasi rakyat Sarawak.


"Apa yang lebih mustahak ialah Kerajaan Sarawak perlu dengan segera memansuhkan semua undang-undang dan polisi yang tidak pro-rakyat.


"Dengan autonomi Sarawak di bawah IGC dan MA63 maka prinsip Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) mesti mulai diterima-pakai sesegera mungkin di Sarawak," katanya lagi.


Untuk rekod, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian kelmarin berkata beberapa perkara berbangkit dalam hal ehwal Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dijangka diadakan pada Julai depan.


Katanya, Sarawak memerlukan sejumlah RM17 bilion bagi tujuan baik pulih atau membina baharu hospital serta klinik milik kerajaan yang telah usang di seluruh negeri.


Bagaimanapun katanya, sebuah jawatankuasa teknikal di bawah Kerajaan Persekutuan juga telah digerakkan untuk melihat perkara tersebut dan menjalankan lawatan kerja.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page