top of page

PM Keir Starmer alu-alukan lawatan kerja Anwar ke UK



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan Sir Keir Starmer pada Rabu.


Anwar disambut Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia).


Kedua-dua pemimpin kemudian mengetuai delegasi masing-masing bagi mesyuarat dua hala yang antara lain untuk membincangkan usaha mengukuhkan hubungan tradisi antara dua negara.


Starmer dipetik laporan media berkata, beliau berbesar hati menyambut kedatangan Anwar dan menyifatkannya sebagai pertemuan penting.


"Saya mengalu-alukan kedatangan beliau di sini, di Downing Street. Untuk mendapat peluang mengadakan pertemuan dalam tempoh hanya enam bulan selepas saya menjadi Perdana Menteri, ia begitu penting bagi saya.


"Perkongsian moden dan dinamik kami disokong oleh bidang kerjasama, daripada perdagangan dan pelaburan kepada pendidikan, dan hubungan kami lebih kukuh berbanding sebelum ini," katanya.


Anwar tiba ke United Kingdom pada Selasa bagi lawatan kerja lima hari atas jemputan Starmer sendiri.


Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar.


UK merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah dengan jumlah perdagangan kedua-dua negara ialah RM15.30 bilion (AS$3.34 bilion) setakat November 2024.


Sementara itu dipetik laporan media, Starme turut menyatakan komitmen UK sebagai rakan dialog ASEAN menyokong Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.


"Kami komited untuk membina Perkongsian UK-ASEAN yang kukuh, diperkuat oleh penghormatan kami terhadap peranan ASEAN dalam mengekalkan kemakmuran dan keamanan di Indo-Pasifik," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page