top of page

PM ke rantau Amerika Latin, hadiri AELW ke-31 di Peru



Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memulakan lawatan rasmi ke Lima, Peru hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) yang ke-31.


Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, lawatan rasmi ini merupakan lawatan sulung Perdana Menteri ke rantau Amerika Latin dan beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra bagi membincangkan kerjasama dua hala antara dua negara.


"(Perbincangan turut melibatkan) bidang perdagangan dan pelaburan serta industri halal, dan juga mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua negara.


"Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di forum serantau dan pelbagai hala, khususnya ASEAN dan APEC, serta akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman," kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan.


Pada lawatan itu juga, Perdana Menteri turut dijadualkan untuk mengadakan perbincangan meja bulat dengan kapten industri Peru.


Perbincangan itu bagi mempromosikan peluang perniagaan khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu dan industri digital.


Menyentuh mengenai AELW ke-31 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 November ini, Wisma Putra menjelaskan, Perdana Menteri turut akan menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC sebagai ahli panel dalam sesi bertema Opportunities and Challenges in the AI Revolution.


Anwar juga akan menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC Dengan Tetamu dan Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) selain membuat Pencelahan semasa Sesi Pemukiman AELM.


"Di sela-sela AELM, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya dari Ekonomi APEC yang lain.


"Sepanjang lawatan beliau, Perdana Menteri akan berkongsi keutamaan-keutamaan Malaysia di bawah Kerangka Ekonomi Madani yang menekankan keterangkuman, pembangunan mampan, dan pengukuhan kerjasama untuk manfaat semua," kata kenyataan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page