top of page

PM ke Jepun, hadiri Persidangan Nikkei



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Jepun bermula hari ini hingga Jumaat bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).


Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan, Persidangan Nikkei merupakan perhimpunan tahunan di mana pemimpin politik, ekonomi dan akademik dari rantau Asia Pasifik menyuarakan pendapat secara bebas serta terbuka mengenai isu serantau selain membincangkan peranan Asia di pentas dunia.


Pada lawatan kali ini, beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.


Ketika berada di Jepun, Anwar akan menyampaikan ucaptama dengan tema 'Asian Leadership in an Uncertain World' pada persidangan tersebut.


Selain itu beliau turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida.


"Pertemuan itu akan memberi peluang untuk kedua-dua pihak menilai dan membincang inisiatif memperkukuh hubungan yang sudah lama terjalin antara Malaysia-Jepun serta kerjasama dalam pelbagai bidang, susulan penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.


"Antara perkara dijangka dibincangkan adalah teknologi tinggi, peralihan tenaga dan alam sekitar, pertahanan dan keselamatan serta kerjasama dalam pendidikan tinggi.


"Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," katanya dalam satu kenyataan


Perdana Menteri juga dijadual memberikan ucapan di Universiti Keio.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page