top of page

PM ke 11: 'Belum pilihanraya, hanya angan angan pembangkang' - Fahmi



Oleh: Akmal Manaf


Pemimpin pembangkang PN yang berharap untuk menggunakan isu semasa bagi menukar kerajaan seharusnya menyimpan angan angan tersebut sehingga Pilihan Raya Umum ke 16.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam sidang media di Putrajaya petang tadi mematahkan 'cakap-cakap' oleh Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkaitan kenyataannya, 'Selamat Datang Perdana Menteri Malaysia ke-11'.


''Belum pilihanraya lagi.. dia (Annuar) boleh hidup dengan angan-angan dia,'' kata Fahmi dengan nada sinis dalam sidang media tersebut.


Fahmi memberikan jawapan ringkas itu apabila ditanya pemberita tentang reaksi pihak kerajaan susulan kenyataan dikeluarkan Annuar di media sosialnya.


Pada 12 Januari lalu, Annuar mengemaskini akaun Facebooknya dengan tajuk 'Selamat Datang Perdana Menteri Malaysia Ke-11'.


Bagaimanapun, semakan Suara Keadilan di Facebook bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendapati beliau masih tidak memberi gambaran siapakah Perdana Menteri ke-11 itu.


''Tidaklah mustahil PM ke 11 bakal menjadi penyatu kepada seluruh orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam negara kita di samping memperkukuh Perpaduan Nasional pelbagai kaum yang sejati.


''Selain dari itu, PM 11 akan turut berpeluang mengembelingkan tenaga dan pemikiran 6 MANTAN PM yang masih hidup serta berupaya membantu PM 11 memaju dan membangun negara secara lebih berkesan," tulis Annuar tanpa menyebutkan indentiti yang beliau maksudkan sebagai PM ke 11.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page