![PM Anwar mengiringi Erdogan di lapangan terbang KLIA petang ini. Foto Amir Haziq/PMO](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_d11b9dfca3f54939922f437c53866f03~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_d11b9dfca3f54939922f437c53866f03~mv2.jpg)
Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Awan Azizah Ismail hari ini menyambut ketibaan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan serta delegasi negara itu di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Anwar, beliau teruja dengan lawatan sahabat baiknya Erdogan bagi mengeratkan kerjasama antara dua nagara.
"Pastinya lawatan Presiden Erdoğan ini akan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Republik Türkiye selain mengukuhkan dunia Islam.
"Saya percaya menerusi siri perbincangan yang akan berlangsung bersama Presiden Erdoğan esok akan membawa hasil yang terbaik buat rakyat dan negara, Insya-Allah," katanya dalam muatnaik di Facebook.
![Erdogan dan isterinya merupakan sahabat lama keluarga Anwar dan melalui sejarah hidup hampir sama](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_ca15c89c7db243ee83ff8920bff2c6a4~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_ca15c89c7db243ee83ff8920bff2c6a4~mv2.jpg)
Menurut Wisma Putra pula, lawatan Erdogan kali ini sejak 2018 mencerminkan hubungan antara kedua-dua negara yang semakin kukuh terutama selepas peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.
Malaysia sebagai pengerusi ASEAN akan mengukuhkan integrasi serantau dan Eropah. Turkiye sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN berada pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi ASEAN.
Turkiye menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada 2017, dengan Bidang Kerjasama Praktikal ASEAN-Turkiye (2024-2028) berfungsi sebagai rangka kerja untuk kerjasama strategik antara ASEAN dan Turkiye.
Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia pada 2024, destinasi eksport terbesar dan sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.
Manakala jumlah perdagangan antara Malaysia dan Turkiye direkodkan pada RM24.13 bilion (AS$5.28 bilion) pada 2024, peningkatan 18.7 peratus berbandinhg 2023.
Comments