Oleh: Azuan Ab Rahman
Seramai 18 individu memerlukan menerima bantuan khas kewangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu yang bertujuan meringankan beban ditanggung individu berkenaan telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam.
"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan," katanya.
Melalui hantaran sama, Perdana Menteri turut menyatakan komitmennya bersama rakan-rakan Kerajaan MADANI untuk terus berusaha membantu setiap rakyat yang memerlukan.
Comments