top of page

PM hulur sumbangan kanak-kanak hidap sakit usus kronik



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun penghidap penyakit usus kronik yang sedang dirawat di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.


Melalui hantaran Facebooknya Anwar memaklumkan, sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu pada Selasa.


"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda iaitu 12 tahun dan saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini.


"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga adik Thevsin bagi membantu meringankan beban keperitan yang ditanggung saat ini," katanya.


Anwar melalui hantaran sama turut mendoakan Thevsin diberikan kesembuhan secepat mungkin, selain berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.


Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut Ahmad Farhan juga mengadakan ziarah terhadap penyampai berita Astro Arena, Akbar Sahari bagi menyampaikan sumbangan bagi meringankan kos perubatan isterinya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page