Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi terakhir lawatannya ke China bertemu Presiden Xi Jinping semalam, dan beliau merakamkan penghargaan di atas tekad negara itu untuk bersama sama memajukan jiran jirannya ke arah pembangunan yang lebih baik.
Menurut Anwar, ucapan Presiden Xi Jinping sebelum ini berhubung perkongsian kemakmuran bersama pada masa depan amat mempengaruhi negara Selatan yang masih memerlukan banyak bantuan dari China.
"Saya menyatakan penghormatan atas ucapan berbisa Presiden Xi di persidangan BRICS terkait perkongsian masa depan. Komitmen Presiden Xi cukup mengesankan dalam kalangan negara Global South.
"Saya menghargai semangat beliau untuk mengangkat martabat rakyat terpinggir dan menjulang nilai kemanusiaan," kata Anwar dalam catatannya di Facebook.
Beliau berkata demikian usai pertemuan dengan Xi Jinping di Great Hall of the People lewat petang semalam.
Anwar dalam pada itu turut menjemput Xi Jinping melawat Malaysia pada tahun depan sesuai negara ini mempengerusikan ASEAN.
"Menjelang kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, saya tegaskan Malaysia bersedia memperkukuh hubungan serantau, terutamanya menerusi penganjuran sulung Sidang Kemuncak ASEAN GCC+China.
"Saya menjemput Presiden Xi untuk menghadiri persidangan di Malaysia tahun depan," katanya.
Usai kunjungan hormat PM ke atas Presiden China, delegasi Malaysia diberi penghormatan untuk menghadiri makan malam bersama Presiden Xi dan delegasi China sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Comments